Enjoy Your Life No Matter How Hard It May Seem,
When The life Give You Thousand Reasons To Cry,
Show The World You Have A Million Reasons To Smile,
Always Smile Cause Allah With You ^_^///
farahizzati2001.blogspot.com
tips belajar saat akhir
hi everyone!!!!!!!! hari ni izzati akan kongsi tips belajar saat akhir .baca tau jangan x baca.ok kita mula ye.
petua -petuanya ialah
Bertenang dan jangan cemas
Korang perlu bertenang dan jangan cemas. Tiada faedah yang akan diperolehi sekiranya korang cemas keterlaluan. Belajar disaat akhir juga memerlukan strategi yang betul. Ini kerana masa yang korang adalah terhad. Selepas bertenang buat penilaian apa tindakan yang akan diambil seterusnya. Rancang tindakan yang akan korang diambil dan disiplinkan diri untuk mengikut perancangan yang dibuat.Hah ingat tu ye kawan-kawan.yang ke2 ialah
Beri tumpuan lebih terhadap pembelajaran
Letakkan seluruh tumpuan fikiran korang kepada proses pembelajaran yang korang lakukan. Jangan terlalu memikirkan bahawa korang kesuntukan masa. Hafal perkara yang sepatutnya dihafal seperti biasa dan jangan melengah-lengahkan masa belajar.
Meskipun korang cuba mengenepikan ketakutan dan kegelisahan yang korang alami itu, tetapi lama-kelamaan perasaan itu akan datang semula. Sekiranya hal ini berlaku, cuba alihkan diri korang dari tempat belajar untuk melakukan senaman ringan seperti berdiri sambil menarik dan melepaskan nafas panjang-panjang secara perlahan-lahan beberapa kali. Kemudian duduk semula dan cuba teruskan pembelajaran korang. Cara ini sekurang-kurangnya akan dapat mengurangkan perasaan korang yang tidak tenteram itu.Itu baru yang ke 2 mesti korang rasa mengantuk kan maklumlah izzati tulis panjang sangat.Yang ke3 ialah........
Yakin terhadap kebolehan diri
Selalu tanamkan dalam diri korang bahawa “saya boleh” dan tulis besar-besar dan terang dan letakkan di hadapan korang (di tempat korang belajar). Tiap-tiap kali korang melihat kad itu korang yakin bahawa korang boleh berjaya. Sekiranya korang dapat menanamkan dalam diri korang bahawa korang bekeyakinan penuh boleh melakukan, maka secara sepontan korang berusaha bersungguh-sungguh dan mental korang dapat berfikir ke arah kejayaan dan apa-apa yang korang cita-citakan selama ini akan membuahkan kejayaan yang membanggakan.oklah kita sambung esok ye izzati nk kena berhenti bye!
|